Lagenda Danau Kubang - Kasih Hang Tuah dan Tun Teja

Sungai yang dikatakan menjadi laluan persinggahan
Hang Tuah dan Tun Teja



KIRA-KIRA 400 tahun dulu, ketika zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, hulubalang tersohor, Laksamana Hang Tuah memang diakui antara rakyat yang cukup taat setia kepada Sultan, sanggup melakukan apa saja kerana berpegang kepada prinsip iaitu tidak sesekali menderhaka.

Satu daripada tugasan yang berjaya dilaksanakan Hang Tuah ialah membawa pulang Tun Teja dari Pahang untuk diserahkan kepada Sultan Melaka.

Misi besar itu sebenarnya lebih kepada sifat perasaan kasih sayang, cinta antara Tun Teja dan Hang Tuah, jauh berbeza daripada tugasan sebelum ini mempertahankan negara serta banyak terbabit dengan peperangan melawan lanun dan penceroboh.

Menyingkap sejarah ringkas perjalanan Hang Tuah ke Pahang suatu ketika dulu, rombongan Melaka itu berperahu menyusuri sungai Muar menuju ke Pahang kerana sungai itulah yang menghubungkan Pahang dengan Negeri Sembilan.

Sungai Muar yang berakhir di Ulu Bendol akan bertembung dengan Sungai Serting yang menghala ke arah Sungai Pahang tetapi mesti melalui satu kawasan yang dinamakan penarikan, iaitu tempat menarik perahu.

Pokok sirih ditanam sebagai simbolik
hubungan hang Tuah dan Tun Teja yang
berjaya dipisahkan



Tempat penarikan itu terletak di persimpangan Sungai Jempol, lokasi paling hampir dengan Sungai Pahang. Itu cerita ringkasnya, tetapi yang ditekankan di sini ialah tempat persinggahan Hang Tuah ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Selepas berjaya membawa Tun Teja keluar dari Pahang, rombongan Hang Tuah pernah singgah bermalam di satu kawasan iaitu Danau Kubang, terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Gemas, Negeri Sembilan.

Di situlah Hang Tuah dikatakan memetik daun sirih untuk diberi makan kepada Tun Teja supaya melupakan perasaan sayangnya kepada hulubalang Melaka itu, sebaliknya bersedia untuk dibawa ke istana Sultan Melaka.

Tempat perkhemahan rombongan Hang Tuah di tebing sungai di Danau Kubang itu, kini dijadikan tapak perkhemahan pengakap sekolah berdekatan sejak 10 tahun lalu.

Kawasan Perkhemahan Taman Rekreasi Danau
Kubang, Negeri Sembilan



Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan (JKKK) Kampung Londah, Abdul Shukor Bachik, 65, mendakwa berdasarkan cerita lisan turun temurun penduduk di situ, kawasan tebing sungai Muar itu memang banyak pokok sirih.

“Hang Tuah memberikan sirih ‘penawar hati’ kepada Tun Teja supaya kasih sayangnya pada hulubalang Melaka itu berkurang. Memang tujuan asal misi Hang Tuah ke Pahang ialah mempersembahkan Tun Teja kepada Sultan.

“Cerita lisan mengatakan, ketika bertemu Tun Teja di Pahang, Hang Tuah memberikan ‘sirih pengasih’ kepada Tun Teja dan berjaya memujuk puteri itu mengikutnya ke Melaka. Di sinilah (Danau Kubang), kasih Tun Teja berubah selepas memakan sirih penawar.

“Daun sirih ini banyak gunanya. Orang dulu menggunakan sirih sebagai tangkal, pembuka kata untuk majlis rasmi, sirih pengasih dan sirih penawar,” katanya.

Sebagai memperingati tempat bersejarah itu, penduduk setempat dengan kerjasama Pejabat Daerah Gemas menjadikan kawasan itu sebagai tapak perkhemahan aktiviti kokurikulum sekolah terutama pengakap.

Selain itu, mereka turut menanam pokok sirih sebagai simbolik peristiwa berkenaan yang mengaitkan pemberian sirih kepada Tun Teja.

Tidak jauh dari kawasan itu, pernah wujud satu kampung berhampiran Kuala Merencheh yang terletak berhampiran kawasan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Merencheh.

Abdul Shukor berkata, penduduk kampung di situ berpindah ke kawasan pekan selepas diserang komunis yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung yang enggan memberikan kerjasama kepada pergerakan mereka.

“Komunis pernah membakar sebuah rumah termasuk tiga beranak di dalamnya kerana mereka enggan memberikan bekalan makanan. Ahli keluarga dan penduduk yang hidup melarikan diri ke pekan. Tapak rumah itu serta pokok tanaman seperti manggis masih ada di situ,” katanya.

Penolong Pegawai Daerah Gemas, Mohd Khairul Zami Khairuddin, berkata kawasan tapak perkhemahan Danau Kubang itu dilengkapi pelbagai kemudahan bertujuan menggalakkan lebih ramai generasi muda mengadakan aktiviti berfaedah di kawasan berkenaan.

Selain berkhemah, antara aktiviti lain yang sering diadakan di situ ialah berkayak, berakit, memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan atau popular sebagai ‘mengocah’ di kalangan penduduk.

Pada masa sama, peserta program juga ditekankan mengenai maklumat bersejarah di situ bertujuan menyedarkan bahawa kawasan itu pernah menjadi laluan penting melalui jalan air suatu ketika dulu serta kepentingan memelihara alam semula jadi.

aidiladha & banjir


esok hari terakhir bekerja.. pastu brader nak balik kg berhari raya.. aidiladha tahun ni, brader balik ke kelantan.. tp xtau la camne keadaan nya skang nie.. maklum la, musim hujan.. dan kebanyakan tempat di negeri sebelah pantai timur mengalami banjir.. apa yg brader harap, xde la teruk mana banjir tue.. kalau x kesian kat org umah, beria benar dia ajak blk kg dia..


sebenarnya brader pn teringin juga nak beraya dikelantan... maklum la, org kata bila tiba aidiladha, rakyat kelantan menyambutnya dengan meriah berbanding aidilfitri.. so brader ingin merasa sendiri kemeriahan menyambut aidiladha disana..

dengan bajir yg melanda sekarang, harap² aidiladha tahun ini meriah la seperti biasa.. so, kepada semua rakan², brader mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin..

Club Blog Blog Bicara Sempoi

Hai sumer.. kita bertemu lagi... maklum la dah lama agaknya brader tak update blog ni.. so sementara ada kelapangan ni.. brader search la internet.. dalam search² tue,, brader terjumpa satu blog yg agak menarik... ramai juga yg telah register diblog tu..

Blog Blog Bicara Sempoi.. itulah blog nya.. bukan apa dalam masa brader dalam kebosanan, dengan menyertai club ini, brader leh dapat information yg berguna... ada yg lucu, ada yg sedih dan macam² lagi la...

tapi apa yg penting, brader nak tambah kenalan, secara tak langsung, brader dapat menaikkan traffic utk blog brader.. tak susah untuk mendaftar.. brader akan menunjukkan cara nya..

pertama sekali.. pergi ke website blog Blog Blog Bicara Sempoi.. klik banner dibawah ini..

CLUB BLOG BICARA SEMPOI
kemudian ikut langkah² berikut :

1) Letakkan link atau banner Blog Blog Bicara Sempoi diblog anda
2) Buatkan sedikit review atau ulasan tentang blog tersebut
3) Akhir sekali, isi kan form yg telah disediakan di blog tersebut

mudah bukan.. untuk keterangan yg lebih terperinci, layarilah blog tersebut.. sekian..


sambutan hari raya 2009

hai semua..

brader nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan².. brader ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

tahun ni merupakan lembaran baru hidup brader.. dimana buat pertama kalinya, brader menyambut hari raya bersama isteri tercinta.. maklumla.. tak sampai setahun pn lagi kahwin.. hehehe.. tahun ni brader beraya di kg brader di johor terlebih dahulu.. lepas tu baru balik kg isteri brader di kelantan..

yang paling menggembirakan brader lagi, tahun ni brader dapat beraya bersama² kwn² skolah brader dulu.. ada la dalam 4 tahun brader tak beraya ngan dorang.. masing² kebanyakan nya dah berpasangan.. alhamdulillah, dan ada juga yg telah dikurniakan cahaya mata..

brader paparkan serba sedikit gambar di hari raya pertama di kg brader.. tahun ni juga la warna baju yang paling brader geruni.. nak tau warna apa.. sama² kita lihat gamabar di bawah ni.. klau nak lihat lebih banyak lagi gambar, boleh la klik menu Gambar@Picasa di atas..


rahsia 7 hari

ALHAMDULILLAH... berjumpa kita lagi dalam post yang berikut nya.. Salam Ramadhan brader ucapkan untuk semua.. walaupn hanya tinggal lebih kurang 2 mggu lagi kita nak menyambut Aidilfitri.. kiranya blum terlambat untuk brader mengucapkan nya.. dalam kita meniti hari² yang mendatang ini.. marilah kita hayati bersama peristiwa yg berlaku pada sekalian hari tersebut..

Dalam seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

Ahad
• Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin
• Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa
• Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu
• Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis
• Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat
• Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
• Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu
• Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

Putrajaya Floria Festival 2009

cuti hujung minggu yg lepas brader bawa family brader jalan² kat putrajaya sempena Putrajaya Floria Festival 2009.. kebetulan dorang dtg umah brader kan.. best juga la kan walaupun brader ni bukan suka sgt ngan bunga² ni.. hehehe.. kreatif juga org yg buat dekorasi bunga-bungaan ni.. klau brader la, xde nya sampai terfikir nak buat camtu..

bunga² yg ada disitu, ada yg utk dipertontonkan dan ada juga utk di jual.. bukan setakat bunga je.. belon panas panas pn ada.. pertandingan melukis, landskap dan macam² lagi la.. tp brader x sempat nak naik belon panas tu, ramai sgt org, lagipun cuaca panas terik.. macam daging panggang da...

kat sini brader ada letak beberapa keping gambar utk tatapan korang sumer, klau korang nak tgk lebih banyak, boleh klik kat menu Gambar@Picasa diatas..





kepulangan yang dinanti

dah lama agaknya brader tak cerita perihal diri brader.. baru² adik brader balik bercuti ari Germany.. seronok rasanya setelah sekian lama tidak berjumpa.. awal juga flight mendarat, pukul 6.30 pagi 1 ogos 2009.. pada mula nya brader cuma nak join family brader gi jasin singgah umah mak usu selepas amik adik brader kat airport. tapi terjebak trus balik ke kampung.. xpe la, sejak² dah berumahtangga ni, jarang brader dapat blk ke kampung.. so skali skala apa salah nya kan..

esok family brader nak dtg ke umah brader lagi, katanya adik brader yg baru blk tu nak blanje makan seafood kat klang.. brader xde hal punya bab² makan nie.. hehehe.. xpela skali skala nak makan besar kan.. bukannya selalu.. so lama jugak la adik brader ni bercuti sebelum balik semula ke Germany, sampai raya ke-5.. bagi can dia makan masakan Malaysia puas² sebelum blk ke sana.. apatah lagi air tangan seorang ibu.. hingga menjilat jari tuuuuu...

dapatkan notifikasi komen blogspot

Kali ini brader nak menerangkan bagaimana setiap komen yang ada diblog anda dapat diketahui dengan mudah dan cepat.

Blogspot tidak mempunyai sebarang skrin khas untuk menyenarai dan mentadbir komen-komen yang diterima. Oleh itu, kadang-kadang kita tak perasan kalau ada komen baru yang masuk, terutamanya jika ia dikomen pada entri-entri yang lama.

Jika anda ingin mendapatkan notifikasi bagi setiap komen yang masuk, anda boleh dapatkannya melalui emel. Caranya mudah sahaja:

  1. Buka dashboard bagi Blogspot anda dan pergi ke Settings > Comments.
    blogspot-notifikasi-emel-01
  2. Pada bahagian Comment Notification Email, masukkan emel anda.
    blogspot-notifikasi-emel-02
  3. Klik pada butang Save Settings. Kini, segala komen yang terbaru akan dimaklumkan kepada emel yang telah ditetapkan tadi.

sumber : sembangkomputer.com

janji dan sumpah iblis terhadap wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

..........................................................................................................................

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang
ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

NTLDAR missing or corrupt

Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XPApabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.

Langkah-langkahnya adalah
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan

c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\

5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Contoh, jika E adalah drive CD ROM anda

c:\copy e:\i386\ntldr c:\


rahsia wanita jepun ramping

TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.

Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil.

Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.

Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.

Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.

Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.

Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.

Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.

Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.

Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.

Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.


sumber : mymetro


sejarah Palestin©


Assalamualaikum.. kali ni brader nak cerita serba sedikit tentang sejarah konflik Palestin-Israel.. dapat la kita sama² mengenalinya dgn lebih dkt lagi.. sebarang kesilapan dari segi fakta harap dpt diperbetulkan.. insyaallah..


Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.


Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.


Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.


Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.


Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.


Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.


Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.


Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.


Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.


Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.



tak boleh double klik pada pendrive atau external storage yang lain?

Untuk post kali ini, brader akan menceritakan tentang masalah dimana apabila kita double-klik pada pendrive atau external storage yang lain, ianya tidak terus paparkan isi kandungan yang dikehendaki tetapi memaparkan autorun.

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf... yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila kita double-click pada partition.

Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Disini brader akan menunjukkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini:

1. Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti contoh Avira, Symantec atau sebagai nya
2. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
* Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
* Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
3. Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
4. Restart komputer

Atau jika mempunyai software 'kill_autorun_vbs', hanya aktifkan software dan ia akan lakukan semuanya untuk kita.

Selamat Mencuba.


sumber : sembangkomputer.com



kasut tumit tinggi punca sakit puan wanita masa kini?? betul ke??

Kaum wanita sekarang ini memang suka bergaya. Selain pakaian.. kasut juga mesti ada gaya. Brader agak-agak, seorang wanita paling tidak mesti ada 3 atau 4 pasang kasut. Kasutnya pula pelbagai fesyen dan warna. Bertumit tinggi, rendah dan mungkin juga tidak bertumit.

Bagi brader, wanita berkasut nampak anggun dan ada gaya segi penampilan diri. Nampak professional… manakala wanita tak berkasut? nampak .. nampak apa ek..

Ops!! sebenarnya bukan brader nak bicara tentang gaya wanita era kini. Cuma brader nak kaitkan sikit dengan ucapan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris dalam satu sidang media kelmarin. Entah benar atau tidak ..

Beliau dipetik berkata;
“Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama boleh menyebabkan sakit puan. Antaranya ialah kitaran haid akan terganggu dan sakit kepala.”

Menurutnya lagi, “rekaan tumit tinggi dibuat untuk menolak dada wanita ke hadapan dan punggung ke belakang (uikss iyake ni? baru tau.. ish .. ). Tapi kesan negatifnya ialah tulang spina dan pinggul akan terkeluar dari kedudukan asalnya. Bentuk postur badan wanita yang dibuat-buat ini akan menyeksa tubuh badan serta menimbulkan beberapa masalah kesihatan kepada seluruh tubuh badan.”

“Pemakaian secara berterusan akan juga menyebabkan kencing tidak lawas, tekanan, masalah tulang belakang dan pinggul. Di samping itu, ketinggian kasut juga akan mempengaruhi kadar tekanan bebola kaki pemakainya.”

Pendedahan seorang pakar ortopedik, kasut bertumit 2.5 inci akan menyebabkan 50% tekanan kepada bebola kaki manakala kasut setinggi 3 inci pula membawa tekanan sebanyak 76%. Malah betis juga akan lebih berotot disebabkan otot betis memendek dan menegang.

p/s – ermm barder ‘no komen’. Mungkin blogger pompuan boleh beri komen..

al-quran online

assalamualaikum...

brader nak kongsi dengan anda sumer satu software Al-Quran.. anda boleh copy kod HTML ini di http://www.listen2quran.com/ dan paste kan diblog anda.. semoga kita akan mendapat keredhaanNya.. wassalam..

Listen to Quran


yahoo messenger dan skype dalam blog

brader nak tunjuk kan bagaimana nak letak icon yahoo messenger dan skype didalam blog anda.

1 - bagi icon yahoo messenger, copy & paste kod dibawah ini..




2 - bagi icon skype, copy & paste kod dibawah ini



copy & paste didalam "HTML/JAVA" diblog anda.. sebelum itu jangan lupa tukar "YOUR-YAHOOMESSENGER-ID" dan "YOUR-SKYPE-ID" kepada id anda sendiri..

ayat al-quran dalam word 2003

Assalamualaikum...

Disini brader ingin berkongsi dengan anda sumer software ayat al-quran untuk diletakkan didalam microsoft word 2003 tanpa perlu menaip..

Muat turun dengan percuma dari url berikut :

http://rapidshare.com/files/235114955/SetupQuranInWordMalay1.3.exe




Ice Age 3 - Dawn Of The Dinosaurs 3-D


sekarang ni macam² teknologi yang muncul.. dari awal perkembangan industri hiburan dunia sehinggalah ke hari ini.. tak ketinggalan juga teknologi 3-D.. hari ni brader tak lepaskan peluang menonton filem terbaru terbitan Twentieth Century Fox dan Blue Sky Studios iaitu ICE AGE 3 - DAWN OF THE DINOSAURS 3-D.. brader tak tgk sorang.. hehehehe.. macam biasa la bersama isteri tercinta dan 2 org rakan (pendek+awek)... macam biasala.. kat Cathay Cineplex Damansara..

Cerita ini macam biasala, first intro mesti ada tupai kan. tapi kali ni tupai ni ada pasangan, kira macam awek la.. boleh tahan gak gelagat tupai tu.. 2 ekor mammoth iaitu Manny dan Ellie yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka.. dan juga 2 watak utama yang lain iaitu Diego dan Sid.. Kisah nya bermula apabila Sid terjumpa 3 biji telur dinosaur dan mula menjaganya sehingga menetas.. disitu la pengembaraan mereka bermula apabila ibu dinosaur itu mencari anak²nya.. dan mereka berjumpa dengan Buck si pemburu dinosaurs..

cerita ini agak ringan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. apa yg menarik perhatian brader adalah teknologi yang digunakan.. sungguh menarik.. teknologi yg jarang sekali industri perfileman tanah air boleh melakukannya.. walau apa pn, brader tetap tabik dengan filem nie.. apa yang brader harapkan, industri perfileman negara kita dapat menjadikan filem ini sebagai contoh bagi meningkatkan lagi tahap kualiti perfileman tanah air.