proton 5 bersaudara

pasti ramai yg dah tau tentang proton 5 bersaudara ni, dan dh tgk gambar proton² ni.. tp aku x kira, aku nak share gak kat cni, sambil² aku nak wat koleksi gambar² yg menarik.. ada yg bercerita bahawa salah satu model kereta ini akan dikeluarkan pada tahun ni, tp xtau la kan.. apa² kita tggu jek..

dalam bebanyak kete kat bawah ni, yg mana korang rasa paling menarik dan yg x menarik.. aku senang je, TUAH x menarik langsung.. xde seni.. hahahaha.. sedap je aku ngomen kan.. well, aku tetap bangga, sebab malaysia ada keluar kan kereta model yg menarik (kecuali PROTON JEBAT, sb tiru model kete lain).. apa yg aku harap, pihak proton akan memberi keseimbangan dari segi reka bentuk dan kualiti kete, jgn hanya bentuk je lawa, tapi kualiti hampas.. dah byk org bercerita tentang kete buatan malaysia ni dr segi kualiti.. harap² yg ni lebih baik dr yg sedia ada..

jgn bila nak antar ke luar negara, spec cantik, tp bila nak jual kat rakyat sendiri, mcm sampah.. (agaknya dorang dah tau kot, nak xnak, rakyat malaysia terpaksa beli juga kete proton ni sebab murah dan layak untuk purata pendapatan yg sederhana).. dah la malas nak ngomel, jom kita layan kete² nie..

1. PROTON TUAH


2. PROTON JEBAT


3. PROTON LEKIR


4. PROTON LEKIU


5. PROTON KASTURI


Sumber : Intenet

Siapa Safee Sali

kali ni aku tertarik utk menulis artikel tentang insan yg murah rezekinya dan namanya meniti dibibir setiap peminat bola sepak di Malaysia ini.. aku bukan la seorang yg fanatik sgt tentang bola ni, tp aku amat tertarik dgn insan yg bernama Mohd Safee Bin Mohd Sali atau nama glemer nya Safee Sali.. siapa sebenarnya mamat ni, beliau merupakan penyerang bagi pasukan bola sepak Malaysia.. lahir pada tanggal 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor.. pada mula nya aku x kenal siapa mamat ni, maklum la, aku bukan peminta tegar bola sepak, x kira la tanahair atau pn antarabangsa.. tetapi sejak Malaysia berjaya memenangi pingat emas di sukan sea Laos 2009 dan juga dituruti dgn kejayaan merangkul piala AFF Suzuki 2010, aku mula mencuba mengenali beberapa org pemain kebangsaan untuk dilihat prestasi nya.. salah seorang nya dh tentu la Safee Sali..

no. 10.. jersi tahun 2012

pada awal kerjaya sebagai pemain bola sepak, nama Safee Sali tidak la gah berbanding nama² pemain yg sedia ada.. tetapi ia nya berubah tatkala membantu Malaysia memenangi piala AFF Suzuki 2010.. dari situ, seakan rating bagi dirinya melonjak naik, beliau menjadi fenomena bagi bola sepak tanahair.. kemunculan beliau disamakan dengan lagenda bola sepak Malaysia iaitu Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari.. pada masa sukan seperti badminton dan skuasy yg membawa nama seperti Dato' Lee Chong Wei dan Dato' Nocal Ann David menjadi pemain nombor 1 dunia, suka bola sepak juga mula meniti ke laluan yg tepat..

berbalik kepada Safee Sali, beliau pernah beraksi dalam pasukan seperti Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA, Selangor FA dan yg terkini Pelita Jaya FC yg berpengkalan di Indonesia. selagi ada daya dan usaha, kita pasti akan mencapai apa yg diimpikan.. selepas berjaya memenangi Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali dan beberapa org lagi pemain kebangsaan telah dilamar oleh beberapa kelab dari Indonesia.. tetapi hanya Safee Sali sorang saja yg nekad pergi berhijrah ke sana.. pelbagai spekulasi yg keluar semasa beliau menyatakan hasrat utk bermain di Indonesia.. tetapi itu sumer x mematahkan semangat beliau utk beraksi di Indonesia.. akhir nya pada tanggal 5 februari 2011, secara rasminya Safee Sali telah berpindah ke Liga Super Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya FC.. dgn yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360 sebulan. Safee Sali menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya FC... Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia...

skuad pelita jaya 2011.. masa ni no jersi 55

beliau juga pernah menasihati beberapa pemain Malaysia yg berpotensi utk bermain di liga Indonesia, tapi tidak seorang pn yg berani mengatur langkah mengikut jejak nya.. tatkala kontrak bersama Pelita Jaya FC hampir tamat dan spekulasi FIFA akan mengharamkan liga bola sepak Indonesia, Safee Sali telah mengejutkan rakyat Malaysia apabila beliau menandatangani kontrak 2 tahun bersama Pelita Jaya FC dgn nilai lebih dari RM2 juta iaitu gaji bulanan hampir RM120 ribu.. siap dpt bonus lagi seperti rumah, dan kereta siap dgn pemandu peribadi lagi.. itu tidak termasuk perjalanan ulang alik balik ke Malaysia juga ditanggung oleh kelab.. yg best nya lagi, cukai Safee Sali juga kelab yg tolong bayarkn.. murah betul rezeki Safee Sali ni.. ini mejadikan Safee Sali merupakan jutawan pertama bola sepak Malaysia.. (klau x silap aku la).. nampaknya ramai la pemain² Malaysia yg menyindir pemergian Safee Sali ke Indonesia berputih mata.. yg best nya lagi, sekiranya FIFA mengharamkan liga bola sepak Indonesia, Safee Sali boleh dipinjamkan atau berpindah ke kelab yg dimiliki oleh pemilik kelab Pelita Jaya FC seperti Australia's Brisbane Roar FC yg akan bermain di 2012 AFC Champion's League, CS Vise yg berada di Belgian second division dan SAD Uruguay...

akhirnya Malaysia mendapat satu lagi nama bakal lagenda bola sepak tanah air.. kepada Safee Sali aku doakan semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi dan menjadi contoh kepada kepada pemain² muda dan bakal pemain² Malaysia.. biarpun ada yg mengatakan Safee Sali tidak dapat bermain utk pasukan kebangsaan kerana pengharaman FIFA ke atas liga bola sepak Indonesia, pada aku peduli apa sumer tu.. janji rezeki ko sentiasa murah.. dan ko adalah jutawan skang ni.. yg penting usaha dan kejayaan adalah milik kita sendiri..

idea oh idea.. malam oh malam..


jam dah menunjukkan 2:07 AM.. mata aku masih xleh lelap.. opsss.. apa lelap.. lelap.. keje la.. hehehe.. hmmm.. disebabkan keje dah xde nak buat.. tinggal nak update esok pagi.. baik aku update blog aku nie.. sejuk betul kat opis aku ni, dibuat plak hujan kat luar.. nak slow aircond xleh.. menggigil beb.. lemah lutut nak bgn (jgn pikir bukan² arrr.. hahahahaha..)

....................................................................................................................................tengah mencari idea..............................................................idea oh idea.. dimana ko berada .............................................................................................................................................
............... still searching .................................................................................... haaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok la xde idea.. jumpa lagi.. selamat malam.. selamat tido... babai..

update blog guna tipon bimbit



kepenatan ari ni x ilang lagi.. tp jap gi dh nk g keje.. mggu ni keje mlm plak.. kesian wife ngan anak kena tggal kat umah. tp nk buat camne kan.. keje punya pasal terpaksa la ngadap juga..

tp yg best nk citer arini.. sementara bosan dn xde keje nak buat aku pn try la update blog guna phone.. bkn phone umah tau.. talipon bimbit.. hahaha.. skema giler ayat.. mmg payah gak la aku nak taip guna phone ni.. nak2 yg touch skrin.. kelancaran nya terganggu.. ok la.. aku malas nak citer panjang, sebenarnya moral of the story, aku cuma nak bgtau korang yg aku update blog nak phone.. hehehe.. daaaa.. nk gi solat maghrib jap.. see ya..

sampai bila ini akan berlarutan

kekadang aku bangun pagi utk pegi keje, kekadang aku bangun pagi utk pegi keje waktu petang, kekadang waktu pagi aku masih berjaga utk blk keje.. pelik.. kusut.. serabut.. penat.. gembira.. sumer ada dlm diri aku.. keje mmg penting.. sgt penting.. sb aku keje kerana family aku.. tp klau kerana keje aku abaikan family.. bukan aku org nya tu..

serabut gak aku baca mukadimah ni.. hahahaha.. menarik atau x.. ini lah hakikat yg aku kena hadapi.. setelah hampir 5 tahun aku keje shift, tergerak gak dihati nak keje normal seperti org lain.. masuk pagi blk ptg.. public holiday leh gi jenjalan.. raya boleh bersama keluarga di kampung.. mgkn ada antara korang yg ckp.. "apa ada hal.. baru 5 tahu keje shift.. aku dh 10 tahun.. relax je.." satu je aku nak pesan org yg berpikiran camtu.. ADA AKU KISAH!!.. itu ko punya pasal.. aku tetap nak cara hidup aku.. kehidupan kita berbeza.. keluarga kita berbeza.. mak bapak kita pn berbeza.. so WHAT THE H*** aku nk ikut cara idup korang.. (tetiba plak ter emo).. tp ini la hakikat nya..

adalah 2,3 tempat aku gi interview, dan ada juga yg aku dah dpt.. tp aku tolak sb keje lebih kurang je ngan yg skang.. dan baru² ni aku ada pegi interview kat 1 company.. insyaallah klau ada rezeki aku kt situ.. i need more time with my family.. dulu aku sorang mgkn xde masalah.. dan selepas tu berdua.. masih juga tiada masalah.. tetapi setelah bertiga.. ada sedikit masalah.. tp aku redha ngan ketentuan Allah, sekiranya rezeki aku disini, aku akan teruskan... tetapi sekiranya rezeki aku ditempat lain, semoga Dia akan menunjukkan jalan nya..

dah².. jam dh nak kul 1 tgahri.. jom kita gi solat jumaat.. jgn diabaikan... kang balik solat.. kita sambung buat keje lagi.. keje..keje..keje..

ada lagi rupanya


tgk tajuk mesti ada yg terasa gempak.. walaupn aku sdr yg buat gempak.. hahaha.. ni baru betul lama giler babas (bukan kari babas) aku x update blog.. tahap kemalasan utk mengupdate dah sampai level merah.. hari ni dh turun kuning ckit.. tu pasal aku rajin nak update.. hmmm update..update..update.. apa yg aku nak update ni..

story ni xde la gempak mana, awal tahun ni.. mcm biasa la.. aktiviti x berapa menarik.. paling best pn aritu aku ada gi merayap kat KLCC dgn family cousin aku.. aku mmg malas nak pegi.. dah org ajak.. aku follow je la.. maklum la.. dah setahun gak aku x g KLCC nie.. apa salahnya kan pegi.. bawa anak berjalan.. xde la anak aku asyik terperuk je kat umah.. kasi kenal dunia la..

mcm hari ni org lain sibuk menyesakkan highway nak balik kg.. aku plak kena duk opis.. keje beb.. sedih gak la.. korang xtau ke cuti apa.. kan cuti tahun baru cina.. kekadang sedih gak la.. sampai bila la hidup aku nak macam ni.. masa public holiday org lain bercuti aku plak kena keje.. kesian kat anak aku nanti.. hidup msti ada perubahan.. insyaallah aku akan cari perubahan tu tahun nie.. klau x dpt gak.. jawab nya redha je la..(ish x baik pasrah camtu.. usaha tetap usaha.. cayok..cayok..)..

satu je azam aku tahun ni.. klau ada rezeki.. aku nak suh wife aku duk umah je.. xyah keje.. jaga keluarga.. bukan apa.. xyah la nak suh org lain jaga anak aku lg.. aku berdoa siang malam semoga rezeki aku dimurahkan dan azam aku akan dimakbulkan Allah S.W.T.. amin..

dh la.. aku malas nak citer panjang lebar.. sebelum aku blah dr blog ni jap lagi.. jom layan gamabar aku merayap kat KLCC.. layannnzzzzzzzzzzzz...